kmpians gen 15
Wednesday, May 04, 2016 ? 0 Atashinchi ?
Matric Life.kelas dari 8pagi - 10malam, tu belum lagi assignment, jotter n lab report ! tidur mmg pukul 3 pagi tambah lagi tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan sebuah events. uruskan itu ini, events habis pukul 12, balek bilik 1,2 pagi pastu sabtu ahad pun kadang tak outing sebab events penuh.
tapi kenapa tak rasa penat time tu ?
tapi kenapa masih ada kekuatan pegi kuliah esok pagi ?
tapi kenapa boleh bertahan penghabisan ?
tapi kenapa tak pernah terfikir nak berhenti or tukar kolej ?
n masing-masing sekarang kat universiti.
SEBAB . . . . ada mereka
Lecturer yang mendidik. tak datang kelas, lecturer penuh sabar tackle hati students sampai datang kelas. tak perform time kuiz, lecturer lah yang menjemput untuk ikgu tu ajar satu persatu sampai kau faham. setiap kali kami datang ke meja cikgu untuk menuntut ilmu, cikgu dengan hati terbuka menerima pelajar. datang ke meja cikgu bukan sekadar dapat ilmu, tapi perut pun kenyang. perut pun sakit sebab asyik ketawa sahaja. apabila sedih, rungutan beribu patah perkataan, cikgulah orang yang mendengar n memberi nasihat. kalaulah tak belajar betul-betul rasa bersalah terhadap cikgu sampai mati. pengorbanan cikgu, usaha cikgu balek lewat petang, karenah yang macam-macam cikgu tak pernah give up ! tak pernah kata "kamu akan gagal !" tak pernah . . . tak pernah . . .
kedua sahabat,
pegi kelas sekali, makan sekali, tidur sekali, nangis seklai, happy sekali, mandi hujan sekali, ketawa sekali, pokoknya semua sekali.
" kau tak bangun subuh, aku yang dosa. "
" kau tak solat, aku yang dosa tahu? "
" kau tidur dalam kuliah, takpe aku ajar kau dari A sampai Z. "
" esok final make sure malam ni semua study sekali sampai pukul 3pagi. "
" kau sakit takpe, aku belikan makanan untuk kau. aku teman kau pegi klinik oke? "
" harini nak makan apa ? jom makan tu, jom makan ni."
" events ni penat, penng, masalah ni masalah tu. takpa, kita buat sama-sama."
" petang joginglah, main tenis lah, pastu makan ais krim pelangilah, rama-ramalah. "
" pastu oder roti canai pagi2 makan kat atas astaka macam astaka tu kita yang punya."
terlalu banyak kenangan, banyak ! banyak sangat weh ! kawan dekat matrik adalah kawan yang betul-betul2 sayang antara satu sama lain seperti mereka sayang terhadap diri mereka.
musim bunga sakura datang bulan 4 mengalu-alukan pemergian n kepulangan ke negeri masing-masing, mekar cantik macam kenangan kita di matrik. bunga gugur seperti memahami hati-hati yang bakal meninggalkan tempat yang terindah ! sangat indah . . . .
mesti punya,
malam-malam ada syndrome tersedih sebab terindu.
pagi-pagi orang yang selalu kita tengok takda depan mata rasa macam
" apa eh dorang buat sekarang ni ? "
tapi yang penting kita tak jadikan kebaikan mereka hanya kenangan, kita jadikan mereka itu sebahagian dalam character n attitude kita pada hari ini.
sebab tu Tuhan hantar kita kat sini . . . .